:
Latar Belakang

Latar Belakang

Yayasan ADDIN mula membuka tawaran pengambilan pelajar yang berminat menyambung pelajaran dalam dwi bidang, Bidang Tahfiz dan Bidang Kemahiran pada akhir tahun 2017 dan memulakan pengajian pada januari 2018.

Pelajar pelajar akan menghafaz al Quran pada sebelah pagi dan selepas itu akan sambung pelajaran Bidang Kemahiran di Kolej Komuniti dan Giat MARA.

Setakat ini kita telah melaksanakan Program Tahfiz Vokasional ini di dua lokasi sahaja untuk pelatih lelaki dan satu lokasi untuk pelatih perempuan.

Lokasi / Penempatan Pelatih Lelaki :

Cawangan Bagan Datuk Perak

Bagi cawangan Bagan Datuk ini, Yayasan ADDIN telah berkolaboratif dengan Kolej Komuniti Bagan Datuk yang menawarkan dua bidang utama iaitu :
1. Penyelenggaraan Motosikal Berkuasa Tinggi
2. Sistem Komputer Dan Rangkaian


Cawangan Batu 8 Lekir Perak

Bagi cawangan Batu 8 Lekir ini, Yayasan ADDIN telah berkolaboratif dengan Giat MARA Lumut yang menawarkan tiga bidang utama iaitu :
1. Teknologi Motosikal
2. Teknologi Sejuk Beku
3. Teknologi Binaan

Lokasi / Penempatan Pelatih Perempuan :

Batu Kurau Taiping Perak

Bagi cawangan Batu Kurau ini, Yayasan ADDIN telah berkolaboratif dengan Bengkel Jahitan RISDA serta KEMAS yang menawarkan dua bidang utama iaitu :
1. Masakan Komersial ( Sos Cili dan Mee Kuning )
2. Jahitan